Soalan lazim
Maklumat sebelum berkunjung
Klinik buka bila?
Setiap hari, termasuk hujung minggu dan cuti umum, dari 8.30 pagi hingga 10.00 malam.
Boleh walk-in?
Ya. Untuk servis tertentu atau doktor pilihan, semak slot melalui WhatsApp.
Ada doktor perempuan?
Ya. Jadual tertakluk kepada perubahan, jadi sila sahkan dengan staf.
Terima panel?
Klinik menerima panel terpilih. Hantar nama panel, syarikat dan cawangan untuk semakan.
Ujian darah perlu puasa?
Bergantung pada jenis ujian. Dapatkan arahan khusus daripada staf.
Boleh dapat diagnosis melalui WhatsApp?
Tidak. WhatsApp digunakan untuk maklumat pentadbiran dan panduan umum. Diagnosis memerlukan konsultasi doktor.